Tuesday 24 April 2012

Anugerah Astro Arena 2012

Percalonan Anugerah Astro Arena 2012 - Khairul Fahmi Che Mat dan Muhammad Nazmi Faiz Mansor


KL, 19 APRIL 2012: Jika Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) dianjurkan untuk mengiktiraf populariti seseorang artis.

Murai Batu tengok industri sukan juga tidak ketinggalan menganjurkan anugerah yang sama untuk mengiktiraf populariti setiap atlit.

Justeru, Astro Arena telah berbesar hati untuk memberi penghargaan kepada jaguh sukan negara menerusi Anugerah Astro Arena 2012.

Menerusi anugerah berkenaan, pemilihan boleh dibuat oleh rakyat Malaysia melalui proses undian di laman www.arena.my

Dalam senarai calon yang Murai Batu tengok, ada dua nama yang menarik perhatian Murai Batu.

Salah satunya ialah Khairul Fahmi Che Mat atau pun Apex. Seperti yang semua tahu, populariti anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini tidak terhad sebagai ahli sukan tetapi dia kini telah mula berjinak-jinak dalam industri hiburan.

Penjaga gol skuad Kelantan itu sememangnya tidak pernah lekang daripada kontroversi dengan pelbagai cerita peribadinya sentiasa menarik perhatian umum.

Tidak dinafikan, Apex adalah salah seorang penjaga gol terbaik di negara kita dan atas reputasi itulah Murai Batu rasa dia mencipta nama namun naiknya nama seseorang akan sentiasa diiringi cakap-cakap yang akan menjatuhkan beliau.

Menerusi anugerah ini, Apex akan bersaing dalam kategori Atlit Lelaki Pilihan bersama Bryan Nickson Lomas (Terjun), Adrian Ang (Bowling), Cheng Chu Sian (Memanah) dan Mazli Ikmar Mohd Nor (Hoki).

Jika dikira dari sudut popularitinya sekarang, bukanlah satu kejutan sekiranya Apex akan menang.

Satu lagi nama yang menarik perhatian Murai Batu ialah Muhammad Nazmi Faiz Mansor.

Sejak skuad negara kita berjaya mempertahankan pingat emas Sukan Sea hujung tahun lalu, nama anak muda kelahiran ibu kota ini semakin meningkat di bibir peminat.

Dari cerita dia tidak mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sehinggalah aksinya di atas padang.

Nama Nazmi sering disebut-sebut sebagai bintang masa depan bola sepak negara. Juga bukanlah sesuatu yang mustahil sekiranya Nazmi terpilih sebagai Atlit Muda Pilihan dalam Anugerah Astro Arena 2012.

Bagaimanapun, semuanya terpulang kepada undian anda. Anda boleh melihat sendiri senarai percalonan dan kategori yang ada di laman www.arena.my

Berikut adalah senarai kategori serta calon-calon yang bakal dinobatkan sebagai penerima anugerah: 


--------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info tentang perkara di bawah? Boleh la klik link yang disediakan :
1. Volkswagen

Entri menarik yang perlu korang terjah :


Percalonan Anugerah Astro Arena 2012


Atlit Lelaki Pilihan Berpasukan:

Khairul Fahmi Che Mat (Bola Sepak), Bryan Nickson Lomas (Terjun), Adrian Ang (Bowling), Cheng Chu Sian (Memanah) dan Mazli Ikmar Mohd Nor (Hoki).

Atlit Wanita Pilihan Berpasukan:

Pandelela Rinong (Terjun), Png Hui Chuen (Renang Berirama), Jacqueline Sijore (Bowling), Nur Fatehah Mustapha (Berbasikal) dan Katrina Ann Abdul Hadi (Renang Berirama)

Atlit Muda Pilihan:

Zulfadli Zulkifli (Badminton), Adiq Husaini Othman (Berbasikal), Aaliyah Yoong (Ski Air), Jupha Somnet (Berbasikal) dan Muhammad Nazmi Faiz Mansor(Bola Sepak).

Kebangkitan Pilihan:

Sam Chong (Snuker) dan Lee Hup Wei (Olahraga).

Jurulatih Pilihan:

Yang Zhuliang (Terjun), Ong Kim Swee (Bola Sepak), Holloway Cheah (Bowling), John Beasley (Berbasikal) dan Lee Jae Hyung (Memanah)

Blog Sukan Pilihan:

Haresh Deo(Foul), S S Dhaliwal ( Malaysian Sports), Christopher Raj (Jaiho Malaysia) dan Mohd Aiman (SuaraSukan1Mas).

Perlawanan Pilihan:

Indonesia lwn Malaysia (Final Bola Sepak Sukan Sea 2011), Lin Dan lwn Lee Chong Wei (Final Kejohanan Badminton Seluruh England 2011), Terengganu lwn Negeri Sembilan (Piala Malaysia 2011), Malaysia lwn Singapura (Kelayakan Piala Dunia 2014), Malaysia lwn Australia (Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor 2012).

Undian telah pun di tutup pada 22 April 2012..

Sumber : 1 dan 2

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.