Tuesday 12 June 2012

KES TERSALAH CULIK! Kena Seksa Free Free Sebelum di Humban Tepi Jalan..

KES TERSALAH CULIK! Kena Seksa Free Free.. Tiga jam seksa mangsa tak bersalah..

Dah macam dalam filem.. Lepas culik, seksa.. Detect tersilap culik, humban tepi jalan.. Kesianya.. Dah la tak bersalah.. Tak blh komen lebih2.. Aku tengok gambar dibawah ni pun, aku dah sakit kepala.. Jom baca sikit berita tentang ni..


KUALA LUMPUR: “Dalam keadaan kedua-dua tangan dan kaki diikat, mereka tanpa belas kasihan mencucuh muka dengan besi kimpalan yang masih bernyala, malah saya turut dipukul dengan rotan dan kayu,” kata seorang ahli perniagaan yang menjadi mangsa ‘tersalah culik’ oleh lima penjenayah sebelum dia dihumban di tepi jalan.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Hamzi, 36, berkata demikian ketika menceritakan pengalaman ngeri dia diseksa lebih tiga jam selepas diculik ketika berada berhampiran sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang, di sini, jam 8.30 malam, Khamis lalu.

Menurutnya, sebelum kejadian dia keluar bersama isteri dan empat anaknya, namun sebaik turun dari kereta, empat lelaki meluru ke arahnya dan menarik dia masuk dalam sebuah kereta Honda Accord.

“Seorang daripada suspek menutup kepala saya menggunakan beg,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Shah Alam, semalam.

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Resorts World Genting 

6 comments:

  1. eh, tak ada sambungan cerita ke? hehe

    ReplyDelete
  2. hmm.. entah apa2 entah.. sng2 je seksa org.. bangang punya penculik.. tu la, siapa suruh cita2 jadi penculik, dah nmpak kebodohan tuhan dah bagi kat situ.. bleh slh culik.. nnti mgsa tu dah report, habislah penculik tu kena tangkap.. :) dunia..dunia..

    ReplyDelete
  3. wah , lelaki pown senang je kena culik cmtuh , inikan perempuan , takutnye dunia sekarang nih , hm ... aptah lagik la budak kecik

    ReplyDelete
  4. adehhhh sakitnyaa..suka hati je siksa2 org...

    ReplyDelete
  5. Innallilah...sabar je lah bang.

    ReplyDelete
  6. semoga kena seksa kay dalam neraka pulak penculik yg kejam tu!!

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.