Saturday 10 March 2012

Info : Rahsia Pergerakan Otot Semasa Solat

- Rahsia Pergerakan Otot Semasa Solat -


Cuba kaji pergerakan -pergerakan yang di lakukan dalam semasa solat setiap hari.Secara kasarnya kita akan berdiri tegak,kemudian mengangkat tangan bertakbir dan letakkan tangan di atas pusat.Pada masa yang sama,kita akan membesarkan rongga dada manakala paru-paru akan terasa luas serta menggerakkan otot di kedua belah tangan.


Ketika ruku' dengan badan membengkok ke hadapan dan kedua tangan diletakkan di atas lutut serta punggung dalam keadaan mendatar,ianya akan menggerakkan ruas-ruas tulang punggung,tulang leher,tulang pinggang supaya berasa lebih bebas.


Semasa sujud pula,seluruh badan terpikul sepenuhnya di atas otot-otot kedua-dua tangan ,kaki,dada ,perut,punggung,leher dan otot-otot kaki.Ketika ini banyak otot dan sendi yang digerakkan tanpa di rancang.


Setelah itu,kita akan bangun semula dari sujud.Duduk di antara dua sujud dan sujud kembali.Selepas itu kita akan berdiri kembali.Dalam pergerakkan badan ketika itu,secara automatik kita telah mengerakkan sejumlah besar otot-otot di dada,bahu,lengan perut,punggung,paha ,kaki bahagian bawah dan sebagainya.

Jika dilihat dengan jelas,kesemua pergerakan yang dilakukan secara tidak sedar itu ,ianya membantu seseorang untuk memastikan kesihatan tubuh lebih terjamin tanpa perlu bersenam berjam-jam di tengah panas.Namun ianya perlu dilakukan dengan sempurna untuk mendapatkan keistimewaan-keistimewaan tersebut.

Sumber : Warta Gua

8 comments:

  1. bagus info ni..moga kita sedar yg solat ni byk kelebihannya...

    ReplyDelete
  2. btol...cik lynn pn ada pnah tbaca sblom ni...tq for sharing...=)

    ReplyDelete
  3. thanks sudi berkongsi..:D
    dya suka entry ni..

    ReplyDelete
  4. info yang menarik untuk di share

    ReplyDelete
  5. nice entry.. ade sebab Allah mengadakn setiap rukun solat ni.. hehehe bersyukurlah kita

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.